Rubel

Rubel, ruble atau rouble (; Bahasa Rusia: рубльcode: ru is deprecated ,IPA: [rublʲ]) ialah unit mata wang beberapa negara di Eropah Timur yang berkait rapat dengan ekonomi Rusia. Pada asalnya, rubel ialah unit mata wang Empayar Rusia dan kemudian Kesatuan Soviet (sebagai rubel Soviet). Setakat 2021, ia menjadi unit mata wang Rusia (sebagai ruble Rusia), Belarus (sebagai rubel Belarusia) dan negeri Transnistria yang tidak diiktiraf (sebagai rubel Transnistria). Rubel Rusia juga digunakan di dua wilayah Georgia: negeri yang diiktiraf separa (termasuk oleh Rusia) Abkhazia dan Ossetia Selatan. Pada masa lalu, beberapa negara lain yang dipengaruhi oleh Rusia dan Kesatuan Soviet mempunyai unit mata wang yang juga dinamakan rubel. Rubel Rusia () dan rubel Belarusia dibahagikan kepada seratus kopek. Tiada kopek pada masa ini secara rasmi dibahagikan, walaupun denga (​1⁄2 kopek) and polushka (​1⁄2 denga, sama dengan ​1⁄4 kopek) telah dicetak sebelum ini.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search